Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

08hb Jun 2023 | Bilik Gerakan | Pejabat Daerah dan Tanah | Pendang | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
 
Jabatan melalui Unit Rancangan Pemajuan dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Utara dan Majlis Daerah Pendang telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian).

Info

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Bin Othman serta dihadiri oleh empat ahli jawatankuasa dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Perhutanan serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
Draf RTD ini telah dipamerkan dalam Program Publisiti Dan Penyertaan Awam pada 26 Disember 2022 hingga 26 Januari 2023 dan telah menerima sebanyak 31 Borang Bantahan/Cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan serta orang awam.

Seramai 15 orang pembantah/pencadang telah hadir memberi penjelasan berkenaan bantahan/cadangan masing-masing dan telah dipertimbangkan dalam mesyuarat ini.

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran Awam bagi draf Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my