Kunjungan Hormat Jabatan Perangkaan Negeri (DOSM) Kedah Ke PLANMalaysia Kedah

Image

Pengenalan

11hb Jun 2023 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar | Kedah
 
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PERANGKAAN NEGERI (DOSM) KEDAH KE PLANMALAYSIA KEDAH
 
Seramai empat orang pegawai dari Jabatan Perangkaan Negeri (DOSM) Kedah telah hadir ke pejabat PLANMalaysia Kedah semasa sesi kunjungan hormat yang bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Info

Pihak DOSM sedang menyediakan sumber rangka untuk perlaksanaan Banci Pertanian yang dijadualkan pada tahun 2024, penyediaan sumber rangka ini memerlukan data-data dari pelbagai agensi.

Justeru, pihak jabatan telah memberi kerjasama dalam menyalurkan data-data gunatanah pertanian Negeri Kedah serta data-data rancangan pemajuan Negeri Kedah yang diperlukan oleh pihak DOSM melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT dan Unit Rancangan Pemajuan.

Jabatan berharap perkongsian data ini akan memberi nilai tambah serta mengukuhkan penyusunan statistik dan persediaan kepada banci tersebut.

Galeri

Gambar sekitar kunjungan hormat dari Jabatan Perangkaan Negeri (DOSM) Kedah telah hadir ke pejabat PLANMalaysia Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my