Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih

Image

Pengenalan

13hb Jun 2023 | PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar | Kedah
 
MAJLIS SANJUNGAN BUDI TAUTAN KASIH
 
Jabatan telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih sempena pertukaran keluar seorang pegawai iaitu Encik Muhammed Syafiq Bin Zakaria ke Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Baling yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2023. Beliau telah memulakan perkhidmatan di jabatan ini bermula dari tahun 2018 di Unit Kawalan Perancangan. Komitmen dan segala kerjasama beliau dalam menyampaikan perkhidmatan utama jabatan amat dihargai. Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dan diharapkan beliau dapat meneruskan kecemerlangan di tempat baharu. Selamat Maju Jaya.

Info

Jabatan turut meraikan seorang pegawai yang berpindah masuk mulai 01 Jun 2023 iaitu Encik Rozaimi Bin Mohd Desa yang bertukar dari Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Baling. Jabatan mengalu-alukan kedatangan beliau dan berharap agar beliau dapat bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen dalam perkhidmatan di jabatan ini. Selamat Datang & Selamat Berkerjasama.
 
Sumber : Bahagian Korporat PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih sempena pertukaran keluar seorang pegawai iaitu Encik Muhammed Syafiq Bin Zakaria ke Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Baling dan meraikan seorang pegawai yang berpindah masuk iaitu Encik Rozaimi Bin Mohd Desa dari Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Baling.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my