Program Pelaksanaan Lembaga Rayuan Di Bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] Tahun 2023

Image

Pengenalan

21hb Jun 2023 | Auditorium A | Komtar | Georgetown | Pulau Pinang
 
PROGRAM PELAKSANAAN LEMBAGA RAYUAN DI BAWAH AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172] TAHUN 2023

PLANMalaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) bersama PLANMalaysia@Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pelaksanaan Lembaga Rayuan (LR) Di Bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] Tahun 2023. Tujuan utama program pelaksanaan LR ini adalah untuk menyediakan forum untuk perkongsian pengalaman dalam pengurusan kes-kes Lembaga Rayuan dan kes-kes semakan kehakiman yang saban hari semakin meningkat.

Info

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia, YBrs. TPr Haji Hassan bin Yaakob telah mewakili Ketua Pengarah PLANMalaysia merasmikan program ini yang dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli dan Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri, Pegawai PLANMalaysia@Pulau Pinang, dan pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Tiga pembentangan telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Amardas a/l Jethanand; Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Puan Naizatul Zima binti Tajudin; dan Ketua Unit Gubalan Teknikal, BPKSP, Puan Lilian Tai Yee Chi.

Sumber: BPKSP, PLANMalaysia & Unit Lembaga Rayuan Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar Program Pelaksanaan Lembaga Rayuan (LR) Di Bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] Tahun 2023.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my