Lawatan Kerjasama Strategik Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Ke PLANMalaysia Kedah

Image

Pengenalan

22hb Jun 2023 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar | Kedah
 
LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK PERTUBUHAN ARKITEK MALAYSIA (PAM) KE PLANMALAYSIA KEDAH
 
Ar Aimee Ramizah Roslan dan delegasi mewakili pihak PAM telah mengadakan lawatan ke PLANMalaysia Kedah bagi membincang dan meneroka bentuk kerjasama strategik antara kedua pihak khususnya dalam pelaksanaan bandar rendah karbon dan isu-isu berkaitan pembangunan perbandaran di Negeri Kedah.

Info

Pihak PAM menawarkan khidmat nasihat atau sebaran informasi berkaitan Green Building index (GBI) yang meliputi GBI Certificate Building, GBI Rating System, GBI Tools dan GBI Assessment Criteria kepada pihak-pihak berkepentingan di Negeri Kedah khususnya kepada agensi yang ingin mendapat pengiktirafan GBI Certificate Building.

Perbincangan juga melihat ruang kerjasama penyediaan garis panduan pemutihan terhadap binaan atau struktur bangunan yang didirikan tanpa kelulusan khususnya struktur bangunan yang berfungsi sebagai institusi seperti pusat tahfiz dan sekolah agama persendirian.

Selain pengarah PLANMalaysia Kedah iaitu En. Mohd Munizam bin Abdul Aziz, wakil jabatan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Perancangan), Timbalan Pengarah (Korporat) dan beberapa orang pegawai.

Lawatan kerjasama strategik ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua belah pihak

Galeri

Gambar sempena lawatan kerjasama strategik Pertubuhan Arkitek Malaysia ke PLANMalaysia Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my