Mesyuarat Kick Off & Bengkel Focus Group Fiscussion (FGD) Kajian Projek Pengindahan Sungai Anak Bukit, Daerah Kota Setar

Image

Pengenalan

11hb Julai 2023 | Dewan Pameran Sementara | Muzium Negeri Kedah | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT KICK OFF & BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PROJEK PENGINDAHAN SUNGAI ANAK BUKIT, DAERAH KOTA SETAR
 
Susulan lawatan tapak yang telah diadakan pada 10 Julai 2023, Jabatan melalui Unit Projek Khas telah mengadakan Mesyuarat Kick Off & Bengkel Focus Group Discussion (FGD) pada 11 Julai 2023 bertempat di Muzium Negeri Kedah. Tujuan mesyuarat dan FGD ini diadakan adalah untuk memperkenalkan perunding yang telah dilantik iaitu Mazlanjaafar Architect dan seterusnya mendapatkan maklumat serta cadangan idea bagi projek Quick-Win mahupun Long-Term.

Info

Agensi-agensi yang terlibat di dalam FGD ini ialah pihak MBAS, JPS Kota Setar, JKR Elektrik, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Kedah Tourism, SWCorp, BPEN, AJK Masjid Al-Hussain, MZAZ Berkat Niaga, UiTM Seri Iskandar termasuk pihak-pihak berkepentingan serta Unit Kawalan Perancangan, JPBD Negeri Kedah.

Melalui perbincangan awal, kawasan kajian akan dibahagikan kepada Fasa 1A (Jambatan Lebuhraya Sultanah Bahiyah – Jambatan Jalan Tambang Badak), Fasa 1B (Jambatan Jalan Tambang Badak – Tanjung Chali) dan Fasa 2 (Jambatan Jalan Sultanah Bahiyah – Istana Anak Bukit).
 
Sumber : Unit Projek Khas

Galeri

Gambar sekitar sesi Mesyuarat Kick Off & Bengkel Focus Group Discussion (FGD) pada 11 Julai 2023 yang bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my