Mesyuarat Draf Garis Panduan Perancangan Penyediaan Stesen Minyak Mini Di kawasan Luar Bandar Di Negeri Kedah
Pengenalan
24hb Julai 2023 | Bilik Mesyuarat Jelai | PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar | Kedah
MESYUARAT DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENYEDIAAN STESEN MINYAK MINI DI KAWASAN LUAR BANDAR DI NEGERI KEDAH
Jabatan telah mengadakan sesi mesyuarat bersama wakil daripada pihak PBT dan Jabatan Teknikal berkaitan bagi membincangkan Draf Garis Panduan Perancangan Penyediaan Stesen Minyak Mini Di Kawasan Luar Bandar Di Negeri Kedah.
Info
Keperluan penyediaan Garis Panduan Perancangan (GPP) ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan perancangan pembangunan stesen minyak mini di Negeri Kedah. Selain itu, GPP ini juga berperanan sebagai rujukan kepada seluruh PBT memandangkan tiada GPP khusus bagi penyediaan stesen minyak mini di Negeri Kedah ketika ini.
Sumber : Unit Garis Panduan
Galeri
Gambar sekitar sesi Mesyuarat Draf Garis Panduan Perancangan Penyediaan Stesen Minyak Mini Di Kawasan Luar Bandar Di Negeri Kedah.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah Tel :+604 - 729 1888 Emel : jpbd@kedah.gov.my