Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2023 Kajian Pengukuhan Imej Padang Mat Sirat - Langkawi Aero Gateway

Image

Pengenalan

10hb Ogos 2023 | PLANMalaysia Kedah Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 2/2023 BAGI KAJIAN PENGUKUHAN IMEJ PADANG MAT SIRAT - LANGKAWI AERO GATEWAY, DAERAH LANGKAWI, KEDAH
 
Jabatan melalui Unit Projek Khas telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2023 untuk mempertimbangkan Draf Laporan Akhir yang telah disediakan oleh perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi teknikal berkaitan maklumat dan cadangan bagi pengukuhan reka bentuk imej bandar khususnya di kawasan Padang Matsirat.

Info

Agensi-agensi yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Sumber : Unit Projek Khas

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2023 untuk mempertimbangkan Draf Laporan Akhir bagi kajian pengukuhan imej Padang Mat Sirat - Langkawi Aero Gateway, Daerah Langkawi yang telah disediakan oleh perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my