Istiadat Perbarisan Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023

Image

Pengenalan

31hb Ogos 2023 | Dataran Medan Bandar | Alor Setar | Kedah
 
ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 66 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2023
 
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2023, pihak jabatan turut berbangga dengan penyertaan Kontinjen Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah yang dianggotai oleh 33 orang pegawai dengan 3 orang pegawai iringan. Kontinjen jabatan diketuai oleh Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani, Timbalan Pengarah Perancangan. Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang memberi komitmen dan semangat jitu sebagai warga Malaysia. Walaupun hanya berpeluang dua kali untuk sesi latihan, para pegawai dapat mempamerkan persembahan yang mantap dengan kerjasama berpasukan.

Info

Istiadat perarakan dan perbarisan ini melibatkan 3,700 orang peserta dari 115 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Kerajaan Negeri, Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, pihak swasta, persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertuhuhan, kelab serta sekolah.

TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada kontinjen jabatan dan semua kontinjen.

Galeri

Gambar sekitar sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2023.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my