Majlis Makan Malam Persatuan Kebajikan Am JPBD Kedah (PERKAS) Tahun 2023

Image

Pengenalan

11hb Sept 2023 | Convention Centre | Raia Hotel | Alor Setar | Kedah
 
MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN KEBAJIKAN AM JPBD KEDAH (PERKAS) TAHUN 2023
 
PLANMalaysia Kedah melalui Persatuan Kebajikan Am JPBD Kedah (PERKAS) telah mengadakan sebuah majlis makan malam bertemakan Bollywood sempena meraikan perpisahan tiga orang kakitangan PLANMalaysia Kedah yang bertukar ke tempat baru iaitu mantan Timbalan Pengarah Perancangan Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani bertukar ke Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), mantan Penolong Pengarah Puan Fakhriyah Binti Hanafi bertukar ke Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Kulim dan Encik Rahmat Hidayat Bin Mohammad Isman bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah.

Info

Majlis diserikan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada empat orang pegawai jabatan yang disempurnakan oleh YBrs. TPr Haji Hassan Bin Yaakob Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan PLANMalaysia. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pegawai berikut:-

1. Encik Mohamad Amir Fitri Bin Md Akhir
2. Puan Nor Anis Binti Ahizan@Azizan>
3. Cik Siti Hajar Binti Samsudin
4. Cik Nasyeibah Binti Mohd Noor

Diharapkan semua warga PLANMalaysia Kedah dapat meneruskan kecemerlangan yang telah ditunjukkan demi meningkatkan mutu jabatan.

Galeri

Gambar sekitar majlis makan malam anjuran Persatuan Kebajikan Am JPBD Kedah (PERKAS) yang bertemakan Bollywood.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my