Pemberitahuan Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik , Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

21hb September 2023 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
 
PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK , KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Sik untuk tempoh perancangan sehingga 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Sik 2007-2020 yang telah tamat tempoh perancangannya pada tahun 2020.

Info

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 27 September 2023 sehingga 27 Oktober 2023 yang bertujuan untuk untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan terhadap cadangan pembangunan yang terkandung di dalam dokumen Draf RT tersebut bagi kawasan Majlis Daerah Sik.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) ini akan diadakan di 2 lokasi tetap seperti berikut :-

1. Majlis Daerah Sik

2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 27 Oktober 2023.

Tuan/Puan yang ingin menyatakan sebarang pandangan atau bantahan berkaitan Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) ini boleh mendapatkan borang di pautan ini.

Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-

1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) (e-Publisti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia Kedah
3. Laman Web Majlis Daerah Sik

Galeri

Imej mengenai dokumen berkaitan Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my