Pemberitahuan Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

29hb September 2023 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
 
PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) [RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian)] disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkenaan keperluan pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu Rancangan Tempatan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu (1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan baharu bagi Daerah Yan sehingga tahun perancangan 2035.

Info

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa).
*PERANAN ANDA*

• Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan (RT MDY), Kedah 2035 (Penggantian) di lokasi-lokasi berikut:

i. Majlis Daerah Yan

ii. Pejabat Daerah dan Tanah Yan

iii. Pejabat PLANMalaysia Kedah

• Anda boleh memeriksa Laporan Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan;
• Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Yan.
• Semakan juga boleh diperiksa secara atas talian di laman sesawang berikut:-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0) Pautan e-publisiti PLANMalaysia:-
2. Laman Web PLANMalaysia Kedah
3. Laman Web Majlis Daerah Yan
Cadangan atau bantahan berkenaan rancangan tersebut boleh dibuat melalui Borang Bantahan Awam atau memorandum dan difaks/email/pos sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (atau melalui google form di pautan borang bantahan dan maklumbalas: https://forms.gle/VnJAbVjXEvsfoJSv6)

 
Sumber : Unit Rancangan Pemajuan

Galeri

Imej berkaitan Laporan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my