Lantunan Mahabbah Rasulillah Dan Perarakan Maulidur Rasul 1445H

Image

Pengenalan

26hb September 2023 | Alor Setar | Kedah
 
LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1445H

ALHAMDULILLAH… Dengan kerjasama Jawatankuasa Surau PLANMalaysia Kedah dan anjuran Rumah DarSA Tongkang Yard, Lantunan Mahabbah Rasulillah Sempena Maulidur Rasul 1445H telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2023 bertempat di Rumah DarSA Tongkang Yard.
Jawatankuasa Surau PLANMalaysia Kedah juga telah mengedarkan nasi arab sebagai jamuan tengahari kepada semua lapisan pegawai bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul kali ini.

Info

Selepas solat Maghrib berjemaah, program berlangsung dengan bacaan Maulid dan lantunan alunan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan media Rumah Ngaji DarSA Tongkang Yard. Seterusnya Tausiyah oleh asatizah-asatizah yang hadir dan Perarakan Maulidur Rasul mengelilingi kawasan Rumah Ngaji DarSA Di Tongkang Yard. Majlis turut dimeriahkan dengan acara persembahan silat.
 
Terima kasih buat semua yang hadir bagi menzahirkan kecintaan kepada Baginda RASULULLAH SAW dan semoga kita semua mendapat syafaat NABI kita yang mulia, Insya-Allah.
 

Galeri

Gambar sekitar program Lantunan Mahabbah Rasulillah Sempena Maulidur Rasul 1445H yang telah diadakan di Rumah DarSA Tongkang Yard.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my