Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

2hb Oktober 2023 | Dewan Al-Hana | Sik | Kedah
 
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti Dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) telah berlangsung bermula dari 27 September 2023 dan akan berakhir pada 27 Oktober 2023. Majlis perasmian bagi program ini juga telah berjaya dilaksanakan pada 02 Oktober 2023 di Dewan Al - Hana, Sik dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad bin Sulaiman (Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek), Yang Berhormat Ustaz Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Ahli Parlimen Sik), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustafa (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan)), Yang Berbahagia
 

Info

Tuan Mahamad Suhaimi Bin Man (Yang Dipertua Majlis Daerah Sik), Yang Berusaha Tuan Mohd Munizam Bin Abdul Aziz, (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)) mewakili Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) serta Yang Berusaha, Puan Noraida Binti Abdul Rani (Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Utara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia).

Pihak-pihak yang berkepentingan, penduduk setempat, pengusaha-pengusaha, jabatan/agensi teknikal juga turut hadir memeriahkan majlis ini. Terdapat pameran-pameran dari pengusaha dan pihak berkepentingan di Daerah Sik antaranya ialah pemaju hartanah, TNB, KEDA, Jabatan Pertanian, Persatuan Rekreasi Sik (PERISIK), Nestle Malaysia, Jabatan Kesihatan, Perunding Iktisas Planners Sdn. Bhd., Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Madrasah Ar-Rahmaniah.

Jabatan turut mempamerkan Pelan Pembangunan Pekan Batu Lima Sik yang telah disediakan dan diselaraskan di dalam Draf RTMD Sik, Kedah 2035 ini. Diharap semua terutamanya penduduk setempat Daerah Sik untuk membuat semakan ke atas Draf RTMD Sik, Kedah 2035 ini bagi memastikan Daerah Sik menjadi daerah peneraju pembangunan pendidikan ibadah dan eko pelancongan ke arah bandar lestari dan berdaya huni menjelang tahun 2035.
 
 
Sumber : Unit Rancangan Pemajuan

Galeri

Gambar sekitar Program Publisiti Dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) yang telah diadakan di Sik, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my