Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

24hb Oktober 2023 | Dewan Lestari | Guar Chempedak | Kedah
 
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
 
Jabatan melalui Unit Rancangan Pemajuan telah terlibat secara langsung bagi Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) bersama dengan Majlis Daerah Yan sebagai tuan rumah dan juga Pejabat Projek Zon Utara. Majlis perasmian ini adalah sebagai kemuncak kepada Program Publisiti Dan Penyertaan Awam yang telah pun berlangsung semenjak 1 Oktober 2023 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2023 nanti.

Info

Majlis perasmian yang berlangsung dengan jaya ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samad, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah mewakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
 
Turut hadir ke majlis ini adalah Yang Berhormat Abdul Ghafar Saad, ADUN Guar Chempedak, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Haji Mohd Mustapha, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, Yang Berusaha Puan Maznim Binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Yang Berusaha Encik Mohd Munizam Bin Abd Aziz, Pengarah PLANMalaysia Kedah mewakili Ketua Pengarah PLANMalaysia, Yang Berusaha Puan Noraida Binti Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Utara serta ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan dan negeri, Ahli-Ahli Majlis, wakil-wakil PBT, wakil-wakil komuniti setempat, wakil-wakil pihak berkepentingan, wakil-wakil pusat pengajian dan wakil-wakil perunding.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan silat dan juga muzik gendang mewakili tradisi dan budaya tempatan Daerah Yan. Terdapat juga pameran-pameran produk tempatan Daerah Yan dari Bujang’s Natural, Creative Village, pemaju MMC Port, perunding ANZ Planners Sdn. Bhd. serta pameran dari jabatan sendiri yang mempamerkan Laporan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Seri Perigi Dan Batu Hampar yang telah diintegrasikan ke dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) ini.

Tema Pembangunan Daerah Yan adalah Yan Lestari dengan hala tuju pembangunan Yan Daerah Pelancongan Desa, Zon Pengeluaran Makanan Negara, Hab Industri Gas dan Petroleum Yang Lestari, Berdaya Tahan dan Berdaya Huni.

Orang ramai masih berpeluang untuk menyemak laporan serta mengemukakan bantahan/cadangan di lokasi pameran yang sedang dijalankan.

Galeri

Gambar sekitar majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) yang telah berlangsung di Guar Chempedak, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my