Mesyuarat Penyelarasan Pelan Induk Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, Suka Menanti, Alor Setar Kedah

Image

Pengenalan

31hb Oktober 2023 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah  | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN PELAN INDUK CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH, SUKA MENANTI, ALOR SETAR KEDAH
 
Mesyuarat Penyelarasan Pelan Induk Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, Suka Menanti dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Munizam bin Abdul Aziz, Pengarah JPBD Negeri Kedah dan dihadiri oleh pihak MBAS, PTG, MAIK, SPRM, JKR, Pentadbiran Daerah dan Tanah Kota Setar, KPTG Persekutuan Negeri Kedah, Jabatan Audit Negara Negeri Kedah,JUPEM,Poly-Tech Mara dan Kebajikan Masyarakat.

Info

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mengemas kini maklumat-maklumat status pemilikan tanah yang diplotkan kepada agensi-agensi kerajaan terlibat untuk tujuan cadangan pembangunan kemudahan masyarakat dan institusi selaras dengan pelan perancangan di dalam Rancangan Tempatan MBAS 2035.

Pihak kerajaan Negeri Kedah melihat potensi kawasan ini boleh dibangunkan sebagai suatu kawasan terancang yang perlu dikawal mengikut kelas kegunaan tanah yang dibenarkan.
 
Sumber : Unit Projek Khas

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Penyelarasan Pelan Induk Cadangan Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, Suka Menanti yang telah dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my