Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bagi Pelan Pembangunan Kawasan Pantai Leman, Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

Image

Pengenalan

07hb November 2023 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah  | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL BAGI PELAN PEMBANGUNAN KAWASAN PANTAI LEMAN, KUALA KEDAH, DAERAH KOTA SETAR, KEDAH DARUL AMAN
 
Satu Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bagi Pelan Pembangunan Kawasan Pantai Leman, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin (ADUN Kubang Rotan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan telah diadakan bersama pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah termasuk jabatan-jabatan lain seperti MBAS, BPEN, PTG Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, JKR Negeri Kedah serta JPS Negeri Kedah.

Info

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk merangka cadangan awal bagi menaik taraf kawasan tersebut ke arah mewujudkan sebuah kawasan rekreasi yang memberi manfaat kepada pengunjung tempatan mahupun luar. Gabungan elemen semula jadi tapak yang mempunyai keadaan fizikal pantai dan suasana sawah padi mampu menjadi tarikan pelancong.

Oleh itu, perancangan ini memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak untuk merealisasikan pembangunan secara berfasa dengan mengambil kira isu dan potensi tapak sedia ada.

Sumber : Unit Projek Khas

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bagi Pelan Pembangunan Kawasan Pantai Leman, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin (ADUN Kubang Rotan).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my