Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

Image

Pengenalan

11hb November 2023 | Darul Aman Jitra Park | Jitra | Kedah
 
SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
 
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan Program Sambutan HPBS 2023 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Darul Aman Park, Jitra.

Info

Sambutan HPBS pada tahun ini merupakan sambutan yang ke-35 dan telah menjadi agenda tahunan PLANMalaysia sejak tahun 1988. Pada tahun ini, tema sambutan di peringkat Negeri Kedah adalah “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Senamrobik, Fun Walk, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Persembahan RC Boat, Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Tahun 2023, cabutan bertuah serta pameran oleh beberapa agensi.

Kemuncak bagi program Sambutan HPBS 2023 Peringkat Negeri Kedah telah dirasmikan oleh YB. Dzowahir Bin Ab. Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan, Pengangkutan).

Pihak jabatan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan program pada kali ini terutamanya Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Angkatan Pertahanam Awam Malaysia (APM) Cawangan Kubang Pasu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cawangan Kubang Pasu dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Galeri

Imej sekitar majlis sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my