Mesyuarat Penyelarasan Data Geospatial Negeri Kedah Dan Sesi Hands On Penggunaan Perisian QGIS Bagi Penyedia Data Negeri Kedah

Image

Pengenalan

14hb November 2023 | Bilik Persidangan Bangunan Sultan Abdul Halim (BSAH)  | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN DATA GEOSPATIAL NEGERI KEDAH DAN SESI HANDS ON PENGGUNAAN PERISIAN QGIS BAGI PENYEDIA DATA NEGERI KEDAH

Jabatan melalui Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT dengan kerjasama Bahagian Maklumat Gunatanah Negara telah mengadakan Sesi Hands On Penggunaan Perisian QGIS bagi penyedia data geospatial Negeri Kedah.

Info

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah. Tujuan sesi ini adalah bagi memberi pendedahan dan memantapkan penggunaan perisian QGIS dalam penyediaan dan pengemaskinian data geospatial Negeri Kedah.

Sesi Hands On ini telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Maklumat Gunatanah Negara iaitu Puan Nurul Diyana Binti Aziz dan Encik Abdul Nur Aqeem Bin Abdul Raffar.

Kemudian,pada sesi petang telah diadakan mesyuarat penyelarasan dan verifikasi Tanah Lapang Awam Negeri Kedah.

Sumber : Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT

Galeri

Gambar sekitar sesi Hands On Penggunaan Perisian QGIS bagi penyedia data geospatial Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my