Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Bagi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Bilangan 2 Tahun 2023

Image

Pengenalan

22hb November 2023 | Majlis Perbandaran Sungai Petani | Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH JABATAN PERANCANG BANDAR DAN KETUA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BAGI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BILANGAN 2 TAHUN 2023
 
Mesyuarat Penyelarasan Pengarah JPB dan OSC Bagi PBT Negeri Kedah Bil. 2/2023 telah dipengerusikan oleh YBrs. En Mohd Munizam bin Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah).

Info

Tujuan Mesyuarat ini adalah untuk menyelaras dan menyelesaikan isu-isu perancangan semasa. Hasil daripada perbincangan ini amat penting dalam menjadi asas terhadap pembentukan garis panduan, tatacara dan panduan pelaksanaan yang berkesan di dalam melaksanakan polisi Kerajaan Negeri Kedah.

Terdapat 3 pembentangan diberikan dalam mesyuarat tersebut iaitu:

1. Permohonan Cadangan Pemajuan Di Bawah Subseksyen 22(2A)
2. Hebahan GPP Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) di Negeri Kedah
3. Inisiatif Baru Transformasi Kelulusan Pelan Pemajuan

PLANMalaysia Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di atas kesudian menyediakan tempat mesyuarat serta Pengarah Perancang Bandar PBT, Ketua Bahagian Unit OSC PBT, Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dan Pejabat Projek Zon Utara yang hadir di mesyuarat tersebut.

Sumber : Unit Kawalan Perancangan

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Penyelarasan Pengarah JPB dan OSC Bagi PBT Negeri Kedah Bil. 2/2023.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my