Program Pengukuhan Pasukan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Tahun 2023

Image

Pengenalan

23-24hb November 2023 | Sedim Riverside Resort (Vistana) | Kulim | Kedah

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH(PLANMalaysia Kedah) TAHUN 2023
 
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan mengeratkan perhubungan yang harmoni di kalangan kakitangan PLANMalaysia Kedah. Ia juga menerapkan kepentingan berkomunikasi dalam membentuk pemikiran positif, elemen disiplin dan pengurusan masa yang berkesan.

Info

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan seperti menaiki ATV, flying fox, acara memanah dan aktiviti / permainan dalam kumpulan. Program ini dihadiri oleh 45 orang kakitangan yg terdiri daripada pelbagai lapisan pegawai. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan PLANMalaysia Kedah yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
Sumber : Bahagian Korporat PLANMalaysia Kedah

Galeri

Imej sekitar program pengukuhan pasukan jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) yang telah berlangsung di Sedim, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my