Sorotan Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar Dan Desa ke-20 (SUKNA-20)

Image

Pengenalan

3-6hb Ogos 2023 | Universiti Malaysia Pahang | Gambang | Pahang
 
SOROTAN KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANGAN BANDAR DAN DESA KE-20 (SUKNA-20)
 
PLANMalaysia Kedah bersama PLANMalaysia Pulau Pinang, PLANMalaysia Perlis dan Pejabat Projek Zon Utara telah mewakili Kontinjen Zon Utara ke Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar adan Desa Ke 20 bertempat di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.

Info

SUKNA 20 menampilkan 23 jenis sukan meliputi :

?17 ACARA SUKAN TERAS

? 3 ACARA SUKAN TERTUTUP

? 3 ACARA SUKAN TERBUKA

Jabatan telah menghantar seramai 16 orang pegawai untuk menyertai pelbagai acara sukan termasuk Tuan Pengarah yang menyertai acara Ping Pong. Dengan semangat kesukanan yang jitu, Zon Utara telah memenangi 3 pingat iaitu Pingat Perak bagi Acara Bola Sepak, Pingat Gangsa bagi Acara Badminton dan Pingat Gangsa bagi Acara Dart.

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta yang telah memberi sepenuh komitmen dan berjuang sehingga akhir. Semoga akan terus berjaya dan dapat merangkul lebih banyak pingat di SUKNA 21 pada tahun 2025 yang akan diadakan di Selangor.

Galeri

Gambar sekitar Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar adan Desa Ke 20 bertempat di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my