PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Image

Pengenalan

25hb Oktober 2023 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 30 Oktober 2023 sehingga 29 November 2023 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDB 2035).

Info

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.

Penyediaan DRTMDB 2035 ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Baling 2020 (RTDB 2020) yang telah tamat tempoh, di mana kali terakhir diwartakan pada 14 Mac 2019 iaitu RTDB 2020 (Pengubahan 3).

Semua dijemput hadir untuk membuat semakan dokumen ini dan mengemukakan pandangan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut:

LOKASI TETAP (9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis))
1. Majlis Daerah Baling
2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
3. Pejabat Daerah & Tanah Baling
4. Majlis Daerah Baling Cawangan Kuala Ketil

LOKASI BERGERAK (8.00 pagi – 12.00 tengah hari)
1. Pasar Pagi Pekan Baling (Ahad)
2. Pasaraya Econsave Baling (Isnin & Rabu)
3. Pasar Sehari Kg Lalang (Selasa)
4. UTC Sg Petani (Khamis)
5. Pasar Pagi Kupang (Jumaat)
6. Pasar Pagi Kuala Ketil (Sabtu)

Semakan atas talian boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR atau layari:
Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:
1. Siti Azliza binti Sulaiman (04-729 1844)
2. Mohd Munawar bin Zaim (04-729 1873)

Sumber : Unit Rancangan Pemajuan

Galeri

Imej berkaitan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDB 2035).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my