BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH SEHINGGA DISEMBER 2023

Image

Pengenalan

20 - 21hb Mac 2024 | Bilik Mesyuarat Keriang | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA STATUS PEWARTAAN TANAH LAPANG AWAM NEGERI KEDAH SEHINGGA DISEMBER 2023
 
Jabatan melalui Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT telah mengadakan sesi Bengkel Pengemaskinian Data Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Kedah bagi data sehingga tempoh Disember 2023. Data ini diselaras oleh Pejabat Tanah Dan Galian berdasarkan data dari Pejabat Tanah Daerah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Info

Data yang diterima ini dikemaskini ke dalam bentuk spatial bagi memudahkan pemantauan status pewartaan dan pelaoran ke dalam Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara.

Bengkel ini diadakan selama dua hari melibatkan wakil dari PTG, PTD dan PBT mengikut daerah seperti berikut:

20 Mac 2024
Kuala Muda, Kulim, Baling, Sik, Yan, Bandar Baharu

21 Mac 2024
Kota Setar, Langkawi, Kubang Pasu, Pendang, Pokok Sena, Padang Terap
  
Sumber Berita : Unit Maklumat Gunatanah dan ICT

Galeri

Gambar sekitar sesi Bengkel Pengemaskinian Data Status Pewartaan Tanah Lapang Awam Negeri Kedah bagi data sehingga tempoh Disember 2023.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my