TAKLIMAT KAJIAN PENYEDIAAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

2hb April 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

TAKLIMAT KAJIAN PENYEDIAAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH
 
Jabatan melalui Unit Projek Khas telah mengadakan satu sesi taklimat bertujuan bagi memberi pendedahan dan penerangan awal mengenai penyediaan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah di samping mewujudkan sinergi dengan semua PBT di Negeri Kedah termasuk beberapa agensi untuk berkongsi data, isu dan hala tuju awal ke arah mencapai inisiatif bandar pintar.

Info

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Hairulliza binti Abdul Rahman daripada Unit Satelit Bandar Pintar Zon Utara telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PLANMalaysia Kedah dan dihadiri oleh 12 PBT Negeri Kedah termasuk pihak SKMM, BPEN, BKT dan BTMK.

Selain daripada itu, pihak Jabatan turut mengambil kesempatan untuk meminta kerjasama semua pihak untuk melengkapkan borang kaji selidik bagi mendapatkan input mengenai inisiatif pintar, hala tuju bandar pintar, isu dan cabaran perbandaran, kesediaan agensi dan PBT, peranan dan pihak berkepentingan serta pandangan awal terhadap Agenda Bandar Pintar Negeri Kedah. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk membuat penilaian awal terhadap prestasi bandar pintar sebelum sesi libat urus diadakan yang dijangka pada bulan Mei 2024.

Link pautan bagi kaji selidik tersebut adalah seperti berikut:

Kaji Selidik Pihak Berkuasa Tempatan
Kaji Selidik Pandangan Awam
Buka pautan Kaji Selidik Pandangan Awam
Kaji Selidik Agensi
Buka pautan Kaji Selidik Agensi
 
Sumber Berita : Unit Projek Khas

Galeri

Gambar sekitar taklimat kajian penyediaan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my