PELAKSANAAN JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR DAN LUAR BANDAR MALAYSIA (MURNInets 2.0) TAHUN 2024

Image

Pengenalan

4hb April 2024 | Dewan Persidangan | Aras 12 | Bangunan Sultan Abdul Halim | Alor Setar | Kedah

PELAKSANAAN JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR DAN LUAR BANDAR MALAYSIA (MURNInets 2.0) TAHUN 2024

- MESYUARAT PENYELARASAN DAN KICK-OFF MURNInets 2.0
- SESI TEACH-IN GERBANG MURNInets 2.0
 
PLANMalaysia Kedah selaku Pusat Operasi MURNInets Negeri Kedah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan dan Kick-Off MURNInets 2.0 Tahun 2024 serta Sesi Teach-In Gerbang MURNInets 2.0 melibatkan 11 PBT Negeri Kedah serta 13 agensi lain yang berkaitan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TPr Abdul Hadi bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah (Korporat) PLANMalaysia Kedah.

Info

Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan modus operandi MURNInets 2.0 yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 serta membentangkan dan membincangkan penemuan analisis pelaksanaan MURNInets 2.0 pada Tahun 2023.

Penemuan analisis pelaksanaan MURNInets 2.0 bagi Tahun 2023 telah dibentangkan oleh Encik Mohd Halid bin Roslei, Pegawai Perancang Bandar dan Desa dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia Ibu Pejabat.
 
Sumber Berita : Unit Dasar dan Garis Panduan

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan dan Kick-Off MURNInets 2.0 Tahun 2024 serta Sesi Teach-In Gerbang MURNInets 2.0.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my