PAMERAN, LSANK BUDDIES @ SUNGAI KERIAN, SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

22hb April 2024 | Dataran Bandar Baharu | Kedah

PAMERAN, LSANK BUDDIES @ SUNGAI KERIAN, SUKAN RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH
 
PLANMalaysia Kedah menjadi sebahagian daripada peserta yang menyertai aktiviti pameran, LSANK Buddies @ Sungai Kerian (pembersihan sungai), sukan rakyat, aktiviti kayak, river cruise serta pertandingan kuiz jabatan sempena Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu Kedah yang terletak bersebelahan Sungai Kerian.

Info

Seramai 12 orang pegawai dari jabatan yang diketuai oleh Tuan Pengarah turut terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang dijalankan ini.

Tema sambutan tahun ini adalah “Air Untuk Keamanan”. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah bagi menjalankan fungsinya di dalam Enakmen Sumber Air Kedah 2008 iaitu mewujudkan suasana yang menggalakkan sektor awam dan sektor swasta dalam pengurusan air di Negeri Kedah.

Aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk kesedaran awam dan menyemai nilai murni cintakan sumber air dan alam sekitar. Antara jabatan yang turut serta adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan, Syarikat Air Darul Aman, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Tanah Dan Galian, Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah.

Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YAB Menteri Besar Kedah serta turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan Negeri Kedah.

Jabatan telah mendapat tempat kedua dalam aktiviti pembersihan sungai dengan memungut dan mengumpulkan 18.5 kg sampah sepanjang Sungai Kerian. Jabatan turut mendapat tempat ketiga dalam aktiviti sukan rakyat ( pukul bantal atas batang pinang).

Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada penganjur kerana menjemput PLANMalaysia Kedah sebagai sebahagian daripada peserta untuk sambutan ini.
 
Sumber Berita : PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar aktiviti pameran, LSANK Buddies @ Sungai Kerian (pembersihan sungai), sukan rakyat, aktiviti kayak, river cruise serta pertandingan kuiz jabatan sempena Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my