MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN PERUNDING (JPP) BIL.1/2024
KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

9hb Mei 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN PERUNDING (JPP) BIL.1/2024 KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH
 
Mesyuarat Penilaian Perunding telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan memuktamadkan terma rujukan, penetapan dan penilaian perunding dan pengesyoran perunding untuk diangkat ke peringkat seterusnya untuk meluluskan pelantikan perunding bagi kajian ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah). Terma Rujukan dibentangkan oleh Unit Projek Khas selaku pasukan kajian bagi kajian ini.

Info

Mesyuarat turut dihadiri oleh 3 jabatan/agensi teknikal yang berkaitan iaitu Puan Hajah Rizawati Binti Mohamad @ Ramli Timbalan Pengarah (Makro & Penswastaan) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Puan Norhasteza binti Bahdun Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Keurusetiaan) Bahagian Kerajaan Tempatan dan Puan Nor Iqwarni binti Che Baharom Penolong Pengarah Kanan (Seksyen E-Kerajaan Dan Keselamatan Siber) Bahagian Teknologi Maklumat Kedah.
 
Sumber Berita : Unit Projek Khas, PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Penilaian Perunding bagi kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah Bil 1/2024.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my