PAMERAN SEMPENA PROGRAM DISKUSI AGENDA NASIONAL 3.0 (DAN3.0): MEMPERTEGUH AGENDA PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA

Image

Pengenalan

7hb Mei 2024 | PLANMalaysia Kedah | Kedah

PAMERAN SEMPENA PROGRAM DISKUSI AGENDA NASIONAL 3.0 (DAN3.0) : MEMPERTEGUH AGENDA PERANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA
 
Program Diskusi Agenda Nasional 3 (DAN3) telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hadir sama ke perasmian ini adalah YBhg. Datuk Dr. TPr Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia dan YM Tungku Iskandar Shah bin Tungku Muzaffar Shah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi. Program anjuran secara kolaborasi strategik bersama LADA ini telah diadakan di Auditorium LADA, Langkawi melibatkan 120 peserta dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta pihak swasta. Sesi DAN3 turut menampilkan tiga pembentang dari Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
 

Info

YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah menyertai lawatan teknikal di sekitar Langkawi UNESCO Global Geopark. Lawatan teknikal ini memberi peluang istimewa untuk menyingkap keunikan khazanah geologi purba di Langkawi. Peserta telah diberi taklimat terperinci dan melawat Geopark Discovery Centre, Santuari Bakau, Gua Kelawar, Gua Buaya, menyusuri Kilim Geoforest Park dan kolam penternakan ikan.

Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia selaku penganjur utama program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak LADA sebagai rakan strategik DAN3 dan semua peserta yang telah memberi komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.

Jumpa lagi di Diskusi Agenda Nasional 4 (DAN4) tahun 2025.

Galeri

Gambar sekitar program Diskusi Agenda Nasional 3 (DAN3).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my