MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN PERUNDING (JPP) BIL.2/2024
KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH

Image

Pengenalan

6hb Jun 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN PERUNDING (JPP) BIL.2/2024 KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding Bil.2/2024 diadakan setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah bagi menjalankan kajian secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling melalui Mesyuarat Lembaga Perolehan Negeri Kedah yang bersidang pada 26 Mei 2024.

Info

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk pihak perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memuktamadkan kos perunding melalui rundingan harga dengan perunding tertakluk tidak melebihi anggaran kos siling yang telah diluluskan oleh PBM sebelum ini.

Pihak perunding turut membentangkan secara ringkas mengenai metodologi kajian dalam menjalankan Kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah mengikut jadual pelaksanaan yang dirancang.
 
Sumber : Unit Projek Khas, PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding Bil.2/2024 Kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my