Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Perap Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

7hb Januari 2024 | Dewan Tunku Putra | Bandar Kuala Nerang | Kedah

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
 
Jabatan melalui Unit Rancangan Pemajuan telah terlibat secara langsung bagi Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) bersama dengan Majlis Daerah Padang Terap sebagai tuan rumah dan juga Pejabat Projek Zon Utara. Majlis perasmian ini adalah sebagai kemuncak kepada Program Publisiti Dan Penyertaan Awam yang telah pun berlangsung semenjak 20 Disember 2023 dan akan berakhir pada 20 Januari 2024 nanti.

Info

Majlis perasmian yang berlangsung dengan jaya ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.
 
Turut hadir ke majlis ini adalah YB Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan, YB Tuan Haji Mohamad Yusoff@Munir Bin Zakaria, ADUN Kuala Nerang, YB Encik Mohd Radzi Bin Md Amin, ADUN Pedu, YB Ustaz Nurul Amin Bin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Haji Mohd Mustapha, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, YBrs. TPr Dr. Alias Bin Rameli, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa, YBrs. Tuan Azmin Bin Zainol Abidin , Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap, YBrs. TPr Abdul Hadi Bin Abdul Hamid Wakil Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah), YBrs. Puan Noraida Binti Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Utara serta ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan dan negeri, Ahli-Ahli Majlis, wakil-wakil PBT, wakil-wakil komuniti setempat, wakil-wakil pihak berkepentingan, wakil-wakil pusat pengajian dan wakil-wakil perunding.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan seni silat daripada dua orang pesilat cilik. Terdapat juga pameran-pameran produk tempatan Daerah Padang Terap seperti produk makanan tradisional (bahulu, pekasam) produk kraftangan ukiran kayu, buluh, tanduk rusa, jahitan kraftangan batik, pameran produk pelancongan houseboat Tasik Pedu serta pameran Pembangunan Kedah Rubber City dari NCER.

Tema Pembangunan Daerah Padang Terap adalah Padang Terap Prestij dengan hala tuju pembangunan Padang Terap Daerah Bandar Getah dan Pelancongan Eko menjelang tahun 2035.

Orang ramai masih berpeluang untuk menyemak laporan serta mengemukakan bantahan/cadangan di lokasi pameran yang sedang dijalankan sehingga 20 Januari 2024.

Sumber : Unit Rancangan Pemajuan
 

Galeri

Gambar sekitar majlis perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap Kedah 2035 (Penggantian) oleh YB MB Negeri Kedah Darul Aman.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my