Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) Bil. 1/2024

Image

Pengenalan

18hb Januari 2024 | Dewan Persidangan | Aras 12 | Bangunan Sultan Abdul Halim | Alor Setar | Kedah

PROGRAM SEBARAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) BIL. 1/2024
 
PLANMalaysia Kedah melalui Unit Garis Panduan & Dasar telah mengadakan Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) Bil.1/2024.

Tujuan program sebaran ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan meningkatkan pemahaman serta mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak terlibat khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan terhadap GPP yang telah disediakan dan diterbitkan oleh PLANMalaysia sebelum GPP ini diterima pakai di peringkat negeri.

Info

Sebanyak tiga (3) GPP telah terlibat di dalam program sebaran pada kali ini iaitu:

1. Garis Panduan Perancangan (GPP) Rumah Ibadat Islam
2. Garis Panduan Perancangan (GPP) Tempat Perkuburan Islam
3. Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan

GPP ini dibentangkan secara hibrid oleh dua (2) orang penceramah daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia iaitu Encik Muhammad Anwar bin Ramli secara bersemuka manakala Encik Mohd Ariffin bin Ahmad secara 'online'.

Pelbagai input dan maklumbalas telah diterima daripada peserta program yang turut hadir bagi menambahbaik kandungan GPP yang dibentangkan sebelum ianya digunapakai di Negeri Kedah.

Galeri

Gambar sekitar Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) Bil.1/2024.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my