Perhimpunan Awal Tahun 2024 & Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Image

Pengenalan

04hb Februari 2024 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2024 & MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH
 
Jabatan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2024 disertai dengan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bersempena perpindahan Encik Mohamad Nizam bin Mohamad Sebidi ke Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar. Majlis turut meraikan kedatangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 bagi Unit Rancangan Pemajuan iaitu Encik Mohammad Zahir bin Mohd Amdan dan Lapan orang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 (Lantikan Baharu) serta dua orang pelajar Latihan Amali di PLANMalaysia Kedah.

Info

Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat, nasihat dan perancangan sepanjang Tahun 2024 kepada semua lapisan pegawai jabatan.

Turut diadakan adalah Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Perkhidmatan Awam sebagai kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan. Jabatan juga dengan kerjasama Persatuan Kebajian Am JPBD Kedah (PERKAS) turut menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang Acara Sukan Dalaman PLANMalaysia Kedah (Karom) iaitu mengangkat Kumpulan PKT A muncul sebagai Juara. Encik Abd Hakim Bin Abd Shukor dan Encik Ahmad Hakimi bin Ismail dinobatkan sebagai pemain terbaik. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH.

Dalam majlis berkenaan juga PERKAS turut menyampaikan hadiah sempena sambutan hari kelahiran kakitangan jabatan yang meraikan kelahiran daripada Bulan Januari hingga April 2024.

Pengerusi PERKAS turut menyampaikan sumbangan kain batik sedondon PERKAS 2024 kepada semua ahli / kakitangan.
 
Sumber : Jawatankuasa Perhubungan Jabatan 2024

Galeri

Gambar sekitar Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2024 disertai dengan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my