Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Bil.1/2024

Image

Pengenalan

07hb Februari 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT PANEL PENILAI LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) Bil.1/2024
 
Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) telah diadakan bertujuan untuk menilai Projek Cadangan Penebusgunaan Tanah di Lot 50011, Lot 50012 dan Lot 50266 Bagi Pembangunan Loji Janakuasa 1,400 MW Turbin Gas Kitar Padu (CCGT) dan Terminal Pengegasan Semula Gas Asli Cecair (LNG) di Yan, Kedah.

Info

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah).

Laporan SIA dibentangkan oleh pihak Perunding (MegaConsult Sdn Bhd) mewakili Pemaju (SKS Development Sdn Bhd).

Mesyuarat turut dihadiri oleh 11 jabatan/agensi teknikal yang berkaitan iaitu Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Pembangunan Negeri (ICU), Majlis Daerah Yan, Pejabat Tanah dan Daerah Yan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Pejabat Perikanan Negeri, Pejabat Laut Negeri, LKIM dan MADA.
 
Sumber : Unit Urusetua SIA PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Bilangan 1/2024.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my