Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Negeri Kedah Bagi Sesi Julai-Disember 2023 Untuk Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (i-Plan)

Image

Pengenalan

07hb Februari 2024 | Bilik Mesyuarat Keriang | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH BAGI SESI JULAI-DISEMBER 2023 UNTUK SISTEM MAKLUMAT GUNATANAH PERANCANGAN BERSEPADU (i-Plan)
 
Jabatan melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Negeri Kedah bagi tujuan pengemaskinian ke dalam Sistem i-Plan melibatkan data gunatanah semasa berdasarkan pengeluaran borang F (CCC), data gunatanah komited berdasarkan pengeluaran borang C1 dan juga data gunatanah zoning (pengubahan & penggantian) berdasarkan status pewartaan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2023 (Julai-Disember 2023).

Info

Bengkel ini dijalankan selama 3 hari bermula dari 5 hingga 7 Februari 2024 melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:-

5 Februari 2024
Majlis Daerah Yan
Majlis Daerah Bandar Baharu
Majlis Daerah Pendang
Majlis Daerah Baling

6 Februari 2024
Majlis Bandaraya Alor Setar
Majlis Perbandaran Sungai Petani
Majlis Daerah Sik

7 Februari 2024
Majlis Perbandaran Kulim
Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Majlis Daerah Padang Terap
Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech

Turut terlibat adalah wakil dari Unit Penyelarasan Maklumat dan Perancangan, Pejabat Projek Zon Utara dan Unit GIS, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah.

Sumber : Unit Gunatanah dan ICT

Galeri

Gambar sekitar Bengkel Pengemaskinian Data Gunatanah Negeri Kedah bagi tujuan pengemaskinian ke dalam Sistem i-Plan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my