Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bil. 1/2024

Image

Pengenalan

23hb Februari 2024 | Bilik Persidangan Tanjung | Aras 13 | PLANMalaysia | Putrajaya

MESYUARAT JAWATANKUASA KAWAL SELIA MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) BIL. 1/2024
 
Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN Bil. 1/2024 telah diadakan sebentar tadi secara hibrid di Bilik Persidangan Tanjung, Aras 13, PLANMalaysia dan melalui aplikasi Webex. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa dan YBrs. TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia sebagai setiausaha mesyuarat.

Info

Ahli mesyuarat yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Teknikal Negeri yang berkaitan. Sebanyak 2 kertas perakuan cadangan pemajuan telah dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan ahli mesyuarat.

Dalam mesyuarat ini, Dr. Pengerusi telah memaklumkan sebanyak 6 cadangan pemajuan tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) telah dibawa dan dibentangkan di dalam Mesyuarat JK Kawal Selia MPFN, Mesyuarat JK Kerja MPFN dan seterusnya diperakukan di peringkat MPFN pada tahun 2023.

Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan 2 cadangan pemajuan di bawah perenggan (22)(2)(a) melibatkan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Kedah. Keputusan Mesyuarat secara keseluruhannya bersetuju membawa 2 kertas perakuan untuk mendapatkan nasihat MPFN tersebut dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang akan diadakan pada 19 Mac 2024.

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Bah. Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PLANMalaysia - BPKSP

#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#KPKT
#PLANMalaysia
#bpkspplanmalaysia
#planmalaysiapulaupinang
#PlanMalaysiaKedah

Sumber Berita : PLANMalaysia

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Kawal Selia MPFN Bil. 1/2024 yang telah diadakan di Putrajaya.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my