Audit Pemantauan SIstem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Oleh Sirim Gas International Sdn. Bhd.

Image

Pengenalan

21- 23hb Februari 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
 
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) telah melaksanakan Audit Pemantauan bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selama dua (2) hari bermula pada 21 Februari 2024 (Rabu) hingga 22 Februari 2024 (Khamis).

Info

Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan PLANMalaysia Kedah terhadap prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, PLANMalaysia Kedah telah berjaya melepasi audit dan laporan penemuan audit telah dibentangkan oleh Ts. Nur Asma Abdul Wahab, Auditor SIRIM QAS sebagaimana berikut:
0 NCR, 1 OFI

Secara keseluruhannya, Auditor berpuas hati dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 PLANMalaysia Kedah tanpa penemuan ketidakakuran (NCR).

Galeri

Gambar sekitar Audit Pemantauan bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my