Mesyuarat Penyelarasan Sempadan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Kedah

Image

Pengenalan

13hb Mac 2024 | Bilik Mesyuarat Jerai | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN SEMPADAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) NEGERI KEDAH
 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TPr Abdul Hadi bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah (Korporat), PLANMalaysia Kedah. Ia turut dihadiri oleh Unit Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara, BRFN PLANMalaysia, wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar serta Unit Penyelarasan dan Maklumat Perancangan, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU). Turut terlibat adalah Penolong Pengarah Unit Guna Tanah / ICT & Unit Rancangan Pemajuan, PLANMalaysia Kedah.

Info

Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan perlaksanaan sesi verifikasi sempadan indikatif JPKK/MKK bagi daerah - Daerah di Negeri Kedah sebelum ia dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah. Pengesahan sempadan indikatif ini akan dijadikan sebagai data tambahan dalam Sistem S-CHARMs.
  
Sumber Berita : Unit Korporat PLANMalaysia Kedah

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan Sempadan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my