Bengkel Verifikasi Data Gunatanah Negeri Kedah Untuk Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (i-Plan) Bagi Sesi Julai – Disember 2023

Image

Pengenalan

5 - 6hb Mac 2024 | Bilik Mesyuarat Keriang | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

BENGKEL VERIFIKASI DATA GUNATANAH NEGERI KEDAH UNTUK PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GUNATANAH PERANCANGAN BERSEPADU (I-PLAN) BAGI SESI JULAI – DISEMBER 2023
 
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) melalui Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT telah selesai mengadakan bengkel verifikasi data gunatanah Negeri Kedah melibatkan proses verifikasi data gunatanah semasa, zoning dan komited Negeri Kedah untuk tempoh sepanjang Julai hingga Disember 2023 bagi tujuan pengemaskinian ke dalam Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN).

Info

Bengkel ini dijalankan sepenjang dua hari yang melibatkan semua wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, wakil dari Unit GIS BPEN, wakil dari Pejabat Projek Zon Utara, wakil dari Bahagian Maklumat dan Gunatanah Negara.

Kehadiran adalah seperti berikut:

5 Mac 2024
Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Baling

6 Mac 2024
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Majlis Perbandaran Kulim, PBT Kulim Hi Tech, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Majlis Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Pendang

Sumber
Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT
  
Sumber Berita : Unit Maklumat Gunatanah dan ICT

Galeri

Gambar sekitar bengkel verifikasi data gunatanah Negeri Kedah bagi tujuan pengemaskinian ke dalam Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my