PROGRAM SOAL JAWAB BERSAMA USTAZ 1445H DI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH (PLANMalaysia Kedah)
Alhamdulillah selesai Program Soal Jawab Bersama Ustaz 1445H Di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) pada 14 Mac 2024 (Khamis).
Info
Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat sempena menyambut Ramadan 1445H oleh semua staf PLANMalaysia Kedah yang dikhalifahkan oleh YBrs. TPr Abdul Hadi Bin Abd Hamid Pengerusi Jawatankuasa Surau, PLANMalaysia Kedah.
Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama YBhg. Al Fadhil Ustaz Wan Muhammad Amir, Mudir Pusat Pengajian Raudhatul Jannah, Sungai Petani. Majlis ini mendapat sambutan semua lapisan pegawai jabatan dengan jumlah soalan terkumpul sebanyak 37 soalan.
Walau bagaimanapun, YBhg. Al Fadhil Ustaz sempat menjawab dan memberi penjelasan terperinci sebanyak 21 soalan yang diutarakan dengan santai dan penuh hikmah. Majlis yang dijangkakan selesai jam 11.30 pagi dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari.
Semoga majlis ini mendapat berkah dan dapat membantu menambahbaik amalan kita di bulan mulia ini. Ramadan Kareem.
Galeri
Gambar sekitar majlis Program Soal Jawab Bersama Ustaz 1445H Di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah).
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah Tel :+604 - 729 1888 Emel : jpbd@kedah.gov.my