19hb Mac 2024 | Bilik Persidangan Lembaga Rayuan | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
PROSIDING LEMBAGA RAYUAN NEGERI KEDAH
Prosiding Kes Lembaga Rayuan Negeri Kedah ke atas Kes No. LR/KG/085-24 di antara Tetuan Exzone Plastic Manufactures Sdn. Bhd. (Perayu) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (Responden) melibatkan Permohonan Kebenaran Merancang Terhad Bagi ‘As-Built’ Tambahan Bumbung Terbuka Sedia Ada (Awning Open Shed) Kilang Exzone Plastic Manufacturers Sdn. Bhd. Di Atas Lot 38, Jalan Enam, Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Info
Prosiding telah dijalankan di Bilik Persidangan Lembaga Rayuan Negeri Kedah, Aras 11, Bangunan Sultan Abdul Halim. Kes ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wira Ahmad Zakiuddin bin Harun dan dibantu oleh 2 orang Ahli Panel Lembaga Rayuan iaitu YBhg. Dato’ Indera Sanggara Dato’ Paduka Rasli bin Basir dan Puan Maznah binti Abd Aziz.
Sumber Berita : Unit Lembaga Rayuan
Galeri
Gambar sekitar prosiding lembaga rayuan yang telah dijalankan di Bilik Persidangan Lembaga Rayuan Negeri Kedah.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah Tel :+604 - 729 1888 Emel : jpbd@kedah.gov.my