Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Kali Ke 169 (1/2024)

Image

Pengenalan

25hb Mac 2024 | Bilik Gerakan Negeri | Blok E | Aras 6 | Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 169 (1/2024)
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 169 Bil. 1/2024 telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.
 

Info

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah dan turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang dilantik sebagai ahli tetap iaitu YB. Mejar (B) Mansor bin Zakaria, YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria, YB. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah dan YB. Dato’ Ustazah Hjh Siti Aishah binti Haji Ghazali.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan adalah barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Pengarah Pejabat tanah dan Galian Negeri Kedah, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan lain-lain. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) yang lain dan Pegawai - Pegawai Daerah serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 1/2024 ini telah membentangkan 6 Kertas Kerja Dasar dan 19 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan.

Mesyuarat ini diakhiri dengan penyerahan dokumen Pelan Tindakan Pengukuhan Imej Padang Matsirat Langkawi Aero Gateway, Daerah Langkawi, Kedah yang disediakan oleh PLANMalaysia Kedah menerusi Unit Projek Khas. Majlis Penyerahan dokumen ini telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Kedah kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.45 petang.
 
Sumber Berita : Unit JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) kali ke 169 Bil. 1/2024.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my