BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH

Image
Image

Pengenalan

19hb Februari 2024 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH
 

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah yang akan menjadi rujukan, panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi - agensi negeri, pihak - pihak berkepentingan (stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik, realistik, mengikut kemampuan serta memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Info

Penyediaan Blueprint ini adalah satu pendekatan baharu di dalam pengurusan bandar bagi bandar-bandar di Negeri Kedah di dalam menangani cabaran perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup ke arah mencapai manifestasi negeri sebagai sebuah Negeri Pintar (Smart State).

Sehubungan itu, satu kaji selidik dijalankan bermula 21 FEBRUARI 2024 sehingga      31 MAC 2024 bagi mendapatkan input mengenai inisiatif pintar, hala tuju bandar pintar, isu dan cabaran perbandaran, kesediaan agensi dan PBT, peranan dan pihak berkepentingan serta pandangan awal terhadap Agenda Bandar Pintar Negeri Kedah.

PIHAK YANG TERLIBAT :

  • Penduduk Kedah (bermastautin di Negeri Kedah)
  • Penduduk Kedah (bermastautin di luar Negeri Kedah)
  • Bekerja di Kedah (tidak bermastautin)
  • Warga Asing

Pihak yang terlibat dijemput untuk melengkapkan semua butiran dan memberikan pandangan serta maklum balas secara atas talian melalui Imbasan Kod QR atau tekan pautan di lampiran berikutnya.

Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan kaji selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pandangan Awam (Penduduk / Rakyat Negeri Kedah)
Klik untuk buka Borang Pandangan Awam (Penduduk / Rakyat Negeri Kedah)

Agensi Kerajaan dan Swasta
Klik untuk buka Borang Agensi Kerajaan dan Swasta

Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya, Perbandaran & Daerah)
Klik untuk buka Borang Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya, Perbandaran & Daerah)

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my