Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

21hb Disember 2023 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 20 DISEMBER 2023 sehingga 20 JANUARI 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) (DRTMDPT 2035).

Info

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.

Penyediaan DRTMDPT 2035 ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020 (RTDPT 2020) yang telah tamat tempoh.

Semua dijemput hadir untuk membuat semakan dokumen ini dan mengemukakan pandangan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut:

LOKASI TETAP
9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu)
9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis)

1. Majlis Daerah Padang Terap
2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)


LOKASI BERGERAK
1. Nat Kuala Nerang
2. Pekan Sehari Naka
3. Pekan Sehari Lubuk Merbau
4. Pasar Malam Pedu

Laman Web PLANMalaysia Kedah
Sila kemukan bantahan menggunakan Borang Bantahan Awam yang disertakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:
1. Siti Azliza binti Sulaiman (04-729 1844)
2. Mohd Munawar bin Zaim (04-729 1873)


#RTDPADANGTERAP2035
#DRTMDPT2035
#PADANGTERAPPRESTIJ
#PadangTerapBandarGetah
#PadangTerapBerdayaHuni
#KedahSejahtera
#TheGreaterKedah
#PPZU
#pejabatprojekzonutara
#PLANMalaysia Kedah

Image
Image
QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my